Showing posts with label Majalah AULAD yang best =). Show all posts
Showing posts with label Majalah AULAD yang best =). Show all posts

Tuesday, March 20, 2018

Majalah AULAD semakin canggih

بسم الله الرحمن الرحيم

Majalah AULAD adalah majalah kesukaan anak-anak ketika zaman kecil mereka.

Apabila anak-anak makin membesar, sudah lama kami tidak membeli majalah AULAD.

Kali ini, saya belikan untuk Ahmad Zaid untuk membentuk minatnya kepada buku sama seperti abang-abangnya dahulu.

Kami mempunyai banyak memori dengan Majalah AULAD sehingga saya letakkan satu label khas untuk Majalah AULAD untuk entri di dalam blog ini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/search/label/Majalah%20AULAD%20yang%20best%20%3D%29

Inilah majalah AULAD edisi MAC 2018 yang dibelikan untuk Ahmad Zaid

Bila dibelek-belek, rupa-rupanya majalah AULAD semakin canggih sekarang ini.

Saya rakamkan dan kongsikan di dalam Facebook saya video kecanggihan Majalah AULAD sekarang:


Sokonglah industri buku jika kita tidak mahu ia mati.

Wednesday, June 26, 2013

WW: Memanfaatkan Majalah AULAD (julai 2013): Melukis pelita

بسم الله الرحمن الرحيم



Friday, June 21, 2013

Istimewanya Majalah AULAD edisi JULAI 2013 kepada Abang Abbudey

بسم الله الرحمن الرحيم

Siapa dah beli Majalah AULAD edisi JULAI 2013.??

Ada sesuatu yang istimewa buat Abang Abbudey dalam Majalah AULAD edisi Julai ini!

AULAD bulan Julai ini bermotifkan tentang
Bulan Ramadan yang bakal kita sambut kurang 19 hari lagi,
InsyaALLAH

اللهم بلّغنا رمضان

Inilah yang istimewa untuk Abang Abbudey
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hasil kraf Abang Abbudey yang dipos beberapa bulan lalu terbit dalam majalah kesayangannya!

Kisahnya bermula bila Ustaz Haziq di kelas Abang Abbudey tunjukkan dahulu kepada Abg Abbudey hasil lukisan dan krafnya terbit dalam Majalah Aulad dan minta kepastian adakah Abang Abbudey pemilik lukisan tersebut.

Balik rumah, barulah kami tahu kisahnya bila Abang Abbudey ceritakan semula....Saya baru je dapatkannya di PASTI tempat Abdullah belajar, semalam.


Inilah hasil kraf dan lukisan Abang Abbudey.

kraf ini pernah dibuat di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2013/03/craft-biri-biri-comel.html

Kemudian, Abang Abbudey tambah sedikit hiasan untuk bg lebih cantik





ALHAMDULILLAH....BERITA GEMBIRA YG MEMBUATKAN ABANG ABBUDEY TERSENYUM LEBAR 

alhamdulillah...

=)


p/s: jom baca Surah AL-Kahf


Sunday, June 2, 2013

2 jam penantian

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada jumaat yang lalu, saya dan Abdullah ikut menghabiskan masa bersama-sama selama 2 jam dalam kereta.

Ini kerana kami sekeluarga ingin pergi ke kenduri selepas Solat Jumaat dan baba ada tazkirah senelum Solat Jumaat, khutbah dan jadi imam Solat Jumaat.

Jadi, saya dan Abdullah duduk dalam kereta untuk menunggu baba (Abang Abbudey pergi dengan tok wan).

Jom tengok apa yang Abdullah lakukan selama 2 jam menunggu dalam kereta.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


saya siap sedia dengan buku2 ini untuk aktiviti ABdullah dalam tempoh menunggu
+ roti canai dan susu.

Tempoh menunggu seperti ini perlukan persediaan yang rapi supaya anak tidak mengamuk sebab
jemu menunggu


Abdullah tertarik dengan aktiviti dalam buku AULAD yang terbaru.

mukasurat pertama.

Majalah AULAD adalah majalah pilihan keluarga kami.
Amat bagus dan bersesuaian untuk kanak-kanak.
Di sini saya kongsikan pengalaman anak2 dengan Majalah AULAD sebelum2 ini:
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/search/label/Majalah%20AULAD%20yang%20best%20%3D%29

aktiviti ke-2.
dengan senyuman

aktiviti ke-3
Alhamdulillah dia sangat sukakannya

 jemaah mula memenuhi ruang masjid

aktiviti ke-4

diselang selikan dengan menonton kartun  arab kesukaannya
القطة الضائعة
(Kucing yang hilang)

Abdullah adalah pencinta kucing
(baca di sini)
Anda boleh tonton kartun yang menyayat hati ini di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=J-FOGZqgd00


Diselang seli juga dengan permintaan mama supaya ABdullah baca Al-Quran dahulu
=)

Aktiviti yg ke-5

aktiviti ke-6
(mencari perbezaan dalam dua gambar)

peneman saya selama 2 jam

Alhamdulillah selamat penantian 2 jam tanpa adegan mengamuk.... =P

Friday, April 19, 2013

Apa yang istimewa sangat majalah AULAD Mei 2013?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kelmarin, saya berjaya dapatkan Majalah AULAD di PASTI Mutmainnah waktu bayar yuran Abdullah.

AULAD bulan Mei 2013
Tema hari guru
Bila belek2, terkejut bila terlihat ini:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Wah...memang tak disangka2 blog ini dapat muncul dalam
majalah kesukaan anak2.

Kami tidak pernah  dimaklumkan awal pun.
Amat surprised

Anak2 pun seronok
 Saya hanya menghantar emel ke majalah Aulad memaklumkan ralat dalam ruangan Bahasa Arab yang terdapat dalam edisi Mac 2013 dan juga memberitahu penghargaan dan sokongan keluarga kami kepada Majalah AULAD 
(seperti saya beri penghargaan kepada buku-buku kegemaran saya yg lain.)

Abdullah menghabiskan masa bersama Majalah AULAD yang baru dibeli

Gaya 'ralit' sebegini dah jadi biasa bila tekun
membuat aktiviti
Alhamdulillah banyak faedah dan aktiviti berguna yang anak2 dapat dari Majalah AULAD ini =) Banyak yg dah ditulis di SINI

Ini adalah sedikit rakaman aktiviti Abdullah dengan Majalah AULAD edisi Mei 2013
http://youtu.be/exjph_zOm2w

Moga majalah2 dan buku2 seperti ini terus maju dan dapat menyampaikan ilmu yang berguna kepada kanak-kanak dan masyarakat. =)

Thursday, March 21, 2013

Craft: Ulat Bulu

بسم الله الرحمن الرحيم

Apabila membaca Majalah Aulad, antara ruangan kegemaran anak2 ialah kraf. Biasa mereka akan minta untuk membuat kraf yang dipamerkan di dalam majalah tersebut.

Kraf kali ini adalah berpandukan Majalah Aulad keluaran Mac 2013.


Di dalam majalah ini mereka menggunakan sepit kayu,
rumah kami takde sepit kayu,
jadi boleh modified ikut kesesuaian dan barangan yang idea.
Itu juga dinamakan kreatif
=)

Dalam majalah ini, mereka tulis Ulat beluncas,
tapi bagi kami, ia lebih menyerupai ulat bulu...
hehe

Eksperimen anak2 dengan ulat beluncas pernah ditulis di sini
beberapa tahun yang lahu:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/08/mendalami-kitaran-hidup-seekor-farasyah.html
dan di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/08/ulat-beluncas.html
cara membuatnya
Kraf yang simple
tak sampai 5 minit dah siap
=)

Bahan2 yang digunakan untuk kraf kali ini:
1- Gam Uhu
2-Pom pom
3- Googly eyes

* Harga untuk barang2 ini lupa dah.
InsyaALLAH lain kali akan ambil perhatian
=P


Abdullah menggunakan foam sticks ini

melekatkan pom2 di atas foam sticks

meletakkan sedikit gam uhu di atas googly eyes

melekatkan mata ulat bulu


Alhamdulillah siap!
seekor ulat bulu atas foam sticks
dan seekor lagi hiasan atas pensil untuk Abang Abbudey
=)


Ulat bulu di atas pensil =)


Oh, bagi siapa yang ingin mengetahui tentang faedah aktiviti kraf bersama anak2, saya pernah menulis tentangnya di sini dahulu (antara top 10 entri yang popular dalam blog ini):

Tuesday, March 19, 2013

Ketua Editor Majalah Aulad 15 tahun akan datang =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari yang lalu, selepas pulang dari sekolah, saya lihat Abang Abbudey sibuk dengan urusannya sendiri (bukan kerja sekolah).

Di usia 7 tahun ini, Abang Abbudey sudah banyak mengisi masanya dengan kerjanya sendiri.

Jom kita tengok apa yang sibuk sangat Abang Abbudey buat.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Inilah dia kerja Abang Abbudey

Ketua editor yg tekun

Melukis dan menulis buku

muka hadapan buku
terbitan Abdul Rahman

Abdullah juga turut ingin menerbitkan buku juga


Abdullah punya buku

dua orang ketua editor yang HEBAT


Antara isi buku Abang Abbudey

Ini juga buku Abang ABbudey

ALLAH jadikan mata pena mereka sebagai wasilah untuk menyebarkan dakwah dan memperjuangkan Islam. Amin

              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Monday, March 18, 2013

Aktiviti menarik dalam Majalah Aulad edisi Mac 2013.

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada awal Bulan Mac yang lalu, Abdullah sudah membeli Majalah AULAD di PASTI..

Balik dari PASTI, terus jerit dengan gembira:
"Mama, adik ada buku baru!!"

=)

RM 3.00 sahaja untuk mendapat ilmu dan memupuk sikap rajin dalam diri kanak2.

seperti biasa
cover yang comel!

mewarna dengan muka yg serius


tulisan anak 5 tahun


yg ini juga Abdullah yg buat sendiri.

Dia sudah boleh banyak berdikari untuk
membuat pelbagai aktiviti
Alhamdulillah..!

Eksperimen Mudah  yang seronok
InsyaALLAH nanti boleh buat
              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Sunday, March 17, 2013

Belajar melukis dengan Majalah AULAD

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah banyak hari saya berkongsi tentang aktiviti anak2 menggunakan Majalah AULAD
(dah macam saya pulak yg jadi tokey Majalah Aulad sebab banyak promote...haha)


ALhamdulillah tahun ni PASTI tempat Abdullah belajar ada menjual Majalah Aulad setiap bulan, jadi Alhamdulillah senang kerja untuk mendapatkan Majalah AULAD.
Cuma kirimkan duit, dan Abdullah akan bawa pulang majalah.

Sebabnya kadang2  (selalu) lupa nak beli majalah AULAD ini bila pergi ke kedai.

Ia bukan sahaja dapat menggalakkan anak-anak menjadikan membaca sebagai satu budaya dan hobi, malahan banyak idea yang menarik yang diperolehi.

ilmu dapat, seronok pun dapat. Alhamdulillah.

Kali ini saya ingin berkongsi detik-detik manis Abdullah menggunakan majalah AULAD sendirian, tanpa bantuan dari sesiapa pun:



Abdullah belajar melukis sendiri
step by step
tanpa bantuan sesiapa pun.
Bila dah siap, baru dia tunjuk seraya berkata:
"Mama tengok, cantik tak adik lukis? "

=)

lukisan yang saya lihat comel!
oh..Abdullah sangat meminati kucing. !
=)

aktiviti ini dilakukan dari
Majalah AULAD
edisi Februari 2013


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

Saturday, March 16, 2013

Craft: Biri-biri comel =)

بسم الله الرحمن الرحيم

Minggu lepas Abdullah lama tak pi PASTI sebab batuk dan selsema yang teruk. Moga ALLAH memberi kesihatan yang berpanjangan.

Jadi, apabila tinggal di rumah, saya akan sediakan aktiviti kepadanya.

Inilah antaranya:

Membuat biri-biri comel

Idea untuk membuat biri2 ini saya ambbil dari Majalah Aulad edisi Bulan Februari 2013 yang dibeli di PASTI bulan lalu.

Aulad memang best!

Banyak idea dan ilmu untuk anak2.

jom tengok Abdullah buat biri2 comel ini:


Majalah Aulad edisi Februari 2013



cara membuatnya 1
sambungan cara membuatnya

inilah bahan2nya
dibantu untuk melukis tangan Abdullah
mengemaskan lagi lukisan
menggunting tangan yang telah dilukis
*muka tak sihat*
syafakallah.

Abdullah melukis muka biri2

meletakkan gam pada bentuk tangan yang sudah dipotong
 dan telah dilukis muka biri2

Melekatkan bebola kapas

ALhamdulillah.
siap sudah
Keluarga biri2 yang bahagia
 Antara aktiviti yang pernah kami lakukan menggunakan majalah Aulad seperti di sini

http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/11/lukis-belon.html
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/12/berkraf-tangan-dengan-majalah-aulad.html
http://cinta-rasul.blogspot.com/2010/09/aulad.html

Anda pasti akan dapat banyak idea beraktiviti dengan anak2 melalui majalah AULAD ini. (iklan tak berbayar, hanya ingin berkongsi pengalaman =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...