Wednesday, June 19, 2013

Semangat kanak2 Syria terhadap Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Gambar2 di bawah ini adalah gambar yg terbaru dikongsi dalam FB universiti tempat saya belajar dahulu yg menunjukkan semangat kanak2 Syria yg pergi ke halaqah (grup) Al-Quran di musim panas ini  WALAUPUN SYRIA SEDANG BERGOLAK DENGAN PEPERANGAN!


di ruang utama Jamik Sheikh Ahmad Kiftaro, Damascus, Syria

untuk lebih gambar, klik
DI SINI

kelompok2 al-quran begini diadakan setiap kali musim panas
di Syria bagi mengisi masa lapang pada masa cuti musim panas yg panjang

saksikan bacaan salah seorang kanak2 yg hadir dalam kelas al-quran musim panas ini
DI SINI


Masya ALLAH!

Perang pun x dapat halang mereka dari mempelajari Al-Quran.
Bagaimana kita?

WW : Komunikasi Penuh Prihatin

بسم الله الرحمن الرحيم


Tuesday, June 18, 2013

Anak menghafaz Al-Quran menggunakan aplikasi Al-Quran dalam Sony Ericsson

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini ingin menyambung tentang penggunaan aplikasi Al-Quran dalam HP Sony Ericsson yang pernah dicatatkan di sini

Seperti yg saya pernah tulis DI SINI dan DI SINI bahawa anak2 akan mengulang Al-Quran sewaktu perjalanan ke sekolah.

Kali ini kita lihat Abang Abbudey yang mendengar bacaan dari Sheikh Hani Rifaie (sambil melihat Al-Quran dalam HP tu) .

Alhamdulillah. amat memudahkan. Kini bukan sahaja boleh baca al-quran di mana sahaja, bahkan anak2 juga boleh mendengar al-quran di mana sahaja.

OK. Jom kita lihat video di bawah ini:



Dalam video ini Abang Abbudey mendengar bacaan Surah Az-Zukhruf (Surah terbaru hafazannya sekarang), sambil melihatnya al-quran dalam HP tersebut.

Ketika ini juga dalam perjalanan ke sekolah (bunyi kereta 'mengaum' yang sangat kuat..haha (belum pukul 7 pagi lagi, masih gelap di luar sana). Adik pula sambung tidur dalam kereta

Penggunaan aplikasi ini juga adalah secara offline (tak perlu kepada wifi dan line internet) selepas dimuatturun bacaan sheikhnya.

Kemudian saya sambung pula dengan  cara menggunakan aplikasi tersebut:

Kelebihan aplikasi ini: 

1- Terdapat banyak pilihan untuk bacaan para sheikh2 yg terkemukan
2- boleh digunakan secara offline (setelah muatturun bacaan sheikhnya)
3- boleh dipilih ayat yang ingin didengar.
4- Tulisan yang hampir menyerupai tulisan al-quran yang biasa (standard)
5- dapat mendengar bacaan Al-Quran sambil melihat ayat2nya (ayat yang sedang dibacakan akan dihighlight dengan warna hijau)


NOTA: Untuk mendengar bacaan penuh Surah Az-Zukhruf dengan suara Sheikh Hani Rifaie,
 boleh buka link ini:
http://www.youtube.com/watch?v=smzTS7bMKUw

*Rakaman menggunakan camera HP Nokia Lumia je....

Bercuti di Sabah (episod akhir): Zoo Lok Kawi dan pulang ke Kedah semula

بسم الله الرحمن الرحيم

Ini adalah tempat yang terakhir kami ziarahi di Sabah sebelum terbang pulang ke Kedah.

Flight naik pukul 5, kami pergi ke Zoo Lok Kawi ini pukul 1.30 - 2.30petang.

Perjalanan dari Zoo ke Airport lebih kurang setengah jam sahaja.


jalan menuju ke Zoo Lok Kawi


melihat gajah

antara anak2 dan harimau tu ada cermin yang tebal

tarikan di Sabah


ok, harap maklum
jangan bagi dia makan walaupun dia buat muka kesian.

Abdullah panggil seladang ni 'tatuka' sebab ada watak seladang ini dalam kartun bahasa Arab yang di tontonya:
Hikayat Tatunka
حكايات تاتونكا

Boleh tonton di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=0tv7iS8aYFE

نعامة
ostrich

memerang

sun bear

melihat harimau diberi makan

dan masa yang ditunggu2 oleh anak2; Naik gajah!

adik naik dulu

kemudian Abang Abbudey

Baba menjaga mereka
seorang RM 5

Alhamdulillah mereka cool sahaja time naik gajah
mereka seronok dan tak takut pun

Muka Abang Abbudey yang puas dan seronok dapat naik gajah


saksikan telatah anak2 menaiki Gajah di Zoo Lok Kawi di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=n2gtpl2g_Vs


Abang Abbudey yang berani memegang ular ini
free sahaja

Bayaran masuk ke Zoo Lok Kawi dan aktivitinya.
Klik untuk besarkan


baba dan anak2 bersama Pak Cik Mustafa, driver sepanjang kami di Sabah  yang amat tepat masanya.
Alhamdulillah

Walaupun penat ketika di Zoo Lok Kawi, tapi abang Abbudey tetap tak tidur sampai tiba di rumah.Adik tidur juga ketika perjalanan dari Sabah ke KL. Saya sangkakan anak2 akan tidur dalam kapal terbang sebab penat berjalan, rupanya sangjaan saya meleset sama sekali.

Kami sampai di airpot pukul 3 petang, kapal terbang naik pukul 5.30 petang. Sampai di KLIA pukul 8. Solat jamak maghrib dan isyak di KLIA. Naik kapal terbang menuju ke Penang pukul 10.50.
Sampai di rumah pukul 12 malam.

Abang Abbudey langsung tak tidur sepanjang perjalanan. Seronok sangatlah tu.
Waktu di KLIA pula, dia berlari merata dengan menolak troli.
MasyaALLAH amat energatik, gembira dan bertenaga sekali


dompet ikan pilihan mereka sendiri  ketika di Pasar Kraftangan Kota Konabalu

cuba meniru aksi M&M tu...
haha

saya bawakan buku cerita untuk mereka baca pada masa menunggu.

keesokkan harinya, lihat banyak kucing yang menunggu untuk diberi  makan

bukan kucing belaan kami.
Kami x bela kucing

Alhamdulillah. ALLAH beri keselamatan, keseronokkan, kebahagiaan dan perjalanan yang berjalan lancar sepanjang masa berada di Sabah. Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH SWT. Anak2 pun amat bertenaga sepanjang percutian di Sabah. MasyaALLAH. 

Moga ia menjadi pengalaman manis untuk dikenang buat anak2 dan kami sekeluarga.Anak2 juga diajar adab2 ketika dalam musafir. 

Ini adalah perjalanan  dan percutian kami berempat yang paling jauh setakat ini. Percubaan pertama dan pelajaran untuk naik kapal terbang dengan anak2 (kecil) tanpa orang lain. 

Tapi perlu kepada persediaan awal. Bekalkan makanan, permainan kecil, buku cerita dan buku aktiviti supaya daapt menghilangkan kebosanan mereka ketika dalam kapal terbang dan ketika menunggu.

Alhamdulilah.....Tamatlah kisan bercuti di Sabah sebanyak 6 episod ini =P

Monday, June 17, 2013

Bercuti Di Sabah (episod 5) : Ikan di Aquarium UMS, Kota Kinabalu

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambung lagi cerita jalan2 di Sabah... (wah...panjangnya cerita - padahal banyak gambar je - dah 5 episod pun x habis2 lagi)

kali ini InsyaALLAH akan cerita pengalaman kami di Aquarium UMS (Universiti Malaysia Sabah)


Di hujung jalan ada laut










Abdullah

Abang Abbudey


anak2 kata ini Nemo
ikan biru itu pula adalah Dory (yg tolong ayah Nemo cari Nemo)







aktiviti dan harga masuk ke Aquarium UMS
klik untuk besarkan



----- nak bersambung lagi -----
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...