Saturday, February 9, 2013

Rutin baru Abang Abbudey

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah tahun ni Abdul Rahman menyambung kehidupannya dalam darjah satu di SRI IHSANIAH pula.

Kehidupan di sekolah rendah jauh lebih sibuk dari waktu belajar di PASTI dulu.

Tahun ni Abbudey akan bangun tidur pukul 5.45pagi. (Dulu bangun pukul 6.45pagi). ALhamdulillah dia tiada masalah untuk bangun tidur, sempat solat Tahajjud dan witir lagi. Setiap pagi saya akan puji dia kerana senang untuk bangun pagi.

sumber: Google Image

Tidur juga perlu awal, pukul 9 malam (Kalau dulu pukul 10.30 pun belum tentu tidur lagi.)

Balik sekolah pula pukul 3 petang, Dulu pukul 12.30 tengahari.

InsyaALLAH rutin baru yang banyak berubah ni akan menjadikan anak ini seorang yang lebih berdisiplin dengan masa dan kehidupan. Amin.

Selepas balik sekolah pula, seperti biasa, dia akan mandi dan tidur.

Petang pula akan keluar bermain.

Pada waktu malam, kalau dahulunya kami selalu mengaji dan membaca AL-Quran bersama, kini waktu malam Abbudey sentiasa sibuk menyiapkan homeworknya.

*ALLAH berkati usaha, semangat dan ilmu anak ini*

Sumber: Google Image

Lepas itu terus tidur....

*Allah beri kekuatan dan semangat tekun belajar kepada Abang Abbudey*

Jadinya, saya guna inisiatif lain untuk murajaah hafazan Abang Abbudey, iaitu dalam perjalanan pergi ke sekolah sepanjang 45minit  atau 35KM.

Lihatlah suasana pun masih gelap lagi. Matahari pun tak terbit lagi. Adik Abdullah masih tidur lena di seat belakang

 *ALLAH berkati usaha kami. Amin*



Moga ALLAH terima semua usaha dan ibadah kita semua

2 comments:

  1. Bagusnya abg abuddey. Kagum sgt dengan cara Aisyah mendidik anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALhamdulillah...
      saya pun dapat Inspirasi dari Kak Ni.
      ALLAH berkati Kak Ni sekeluarga...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...