Friday, June 29, 2012

Perkembangan keberanian anak2 tampil di hadapan ramai

بسم الله الرحمن الرحيم

InsyaALLAH kali ni saya ingin megulas tentang 'sejarah' (dah macam cikgu sejarah pula) penglibatan Abdul Rahman dan Abdullah untuk tampil di khalayak ramai samada utk menyampaikan hafazan AL-quran atau nasyid atau khutbah.

Tujuan entry kali ini adalah untuk kita menyedari keberanian anak2 kecil untuk berdiri di hadapan orang ramai. Ia bukan perkara yang mudah jika tidak dibiasakan dari kecil.

Sebaliknya, anak akan menjadi malu dan takut jika tidak biasa berada di hadapan orang ramai. Bukan budak2 sahaja, malahan orang dewasa pon klu tidak biasa berucap di hadapan orang ramai, akan menggelabah dan gemuruh jugalah.

Kadang2 sampai jantung berdegup kencang sampai rasa mcm nak keluar jantung. Betul x? (pengalaman peribadi ni). Dulu kalau saya menyertai Musabaqah Hafazan Al-quran peringkat Negeri Selangor @ Kebangsaan, mesti kena makan ubat abah dulu sebelum naik pentas. Punyalah ketaq n darah gemuruh! Tapi  Abdul Rahman ni selamba2 je naik pentas.

Kerana itulah kami ingin membiasakan anak2 untuk 'beraksi' di khalayak ramai, supaya mereka berani, biasa dan tidak gentar.

Kali pertama Abd Rahman menyampaikan hafazan di khalayak ramai adalah ketika berumur 2 tahun. Ketika itu beliau membacakan Surah Al-Maa'un di Masjid Kuala Ketil, Kedah.





Inilah kali pertama Abdul Rahman mempersembahkan hafazan di depan umum
Rasanya mcm pernah tulis entry ttg ini 4 tahun lepas, tp x jumpa pula... dah terdelete kot...





Begitu juga pada Bulan Ramadan  tahun selepasnya.




Abdul Rahman menyampaikan bacaan di Masjid Kuala Ketil ketika berumur 3 tahun



Apabila Abdul Rahman memasuki alam tadika (ketika usia 4 tahun), Alhamdulilah Abdul Rahman diberi peluang untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran ketika hari terakhir persekolahan di hadapan orang ramai.


Ketika berumur 5  tahun pula Abdul Rahman menyertai Ujibakat PASTI untuk bahagian khutbah, nasyid dan azan.

Pengalamannya saya pernah catat di sini:
http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2011/07/hari-ujibakat-pasti-kawasan-sgpetani.html

http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2011/08/pertandingan-khutbah-pasti-peringkat.html


Dan pada tahun ini, ALhamdulillah Abdul Rahman dan Abdullah dijemput oleh stesen TV9 untuk menyampaikan khutbah dan hafazan Al-Quran dalam rancangan tv Pesan Atok.


Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Abdul Rahman dan Abdullah diberi peluang untuk tampil di khalayak ramai.

Di sini ceritanya:

http://www.cinta-rasul.blogspot.com/2012/04/penggambaran-pesan-atok-di-tv9-satu.html




Sudah ditayangkan dalam rancangn Pesan Atok siri ke33
Boleh tonton di tonton.com.my






Kadang2 kanak2 tersebut ada bakat terpendam untuk beraksi di khalayak ramai, tetapi tiada peluang diberikan.

Adapun Abdullah masih tidak banyak beraksi di khalayak ramai. Kali pertama Abdullah membaca Al-Quran di hadapan ramai adalah pada tahun ini ketika berusia 3 tahun dan kemudian dalam rancangan Pesan Atok 2012


Di sini saya catatkan pengalamannya:

http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/02/alhamdulillahpersembahan-pertama.html

FAEDAH DAN KEBAIKAN MELATIH ANAK2 MEMBERI PERSEMBAHAN DI HADAPAN UMUM:

1- Saya dapat lihat Abdul Rahman sekarang mempunyai minat dan keberanian utk berada di atas pentas secara spontan. Contohnya ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang lalu. Apabila disuruh naik pentas untuk meyampaikan nasyid bersama kumpulan Dhuha, terus Abdul Rahman naik (wpun ada sedikit malunya)




Nasyid bersama kumpulan Rabbani ketika di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Abdul Rahman yg nak naik sendiri ketika itu

Nasyid dengan Kumpulan Dhuha di PBAKL 2012



2- Begitu juga ketika disuruh berkhutbah secara spontan di satu majlis, Abdul Rahman berminat utk naik pentas walaupun dia lupa teks khutbah kerana sudah lama tidak mengulang semula khutbah.

3- Beberapa hari yang lalu JUPEM (Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah) menjemput baba untk memberi ceramah Israk Mi'raj. Mereka juga mahukan seorang untuk mengalunkan bacaan AL-Quran. Jadi baba membawa Abdul Rahman bersama untuk mempersembahkan hafazan dan khutbah di JUPEM.

Apa yang saya hasrat dari sini ialah semoga ia membuka mata masyarakat bahawa anak2 mempunyai potensi utk terus cemerlang jika diasuh dengan baik

Untuk Abdul Rahman dan Abdullah, saya doakan agar mereka terus berani berada di khalayak ramai, memberi manfaat kepada masyarakat dan terus istiqamah disamping sifat tawaduk yang tinggi, merendah diri, tidak sombong, takabbur, bongkak dan riyak (gila glamer)..

p/s: panjang sikit entry kali ini, padahal x suka tulis entry panjang2....semoga ada manfaatnya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...