Sunday, March 8, 2026

Sayangkan buku

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/6/23


Gembira hati bila ada pelajar yang sukakan buku😁. 


"Ustazah, boleh kami tolong balut buku di Maktabah, sayang kalau buku rosak." 



Antara harapan saya moga ada generasi remaja ini yang cintakan ilmu dan buku, dapat memberi manfaat kepada masyarakat melalui pembacaan.


Di sebalik BACA itu ada banyak manfaat buat diri pembaca dan masyarakat, insya Allah.

Friday, March 6, 2026

Prinsip dalam baca buku

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 18/6/23


Prinsip saya dalam membaca buku: Kongsikanlah reviu buku yang baik di medsos anda.



SATU: Ia memberi sokongan kepada penulis untuk terus berkarya. Kalau kita mahu terus membaca karya penulis yang baru di masa hadapan, berikanlah sokongan.













DUA: Ia membantu pembaca yang mencari buku yang baik untuk dibaca. 

Baca dan kongsikanlah reviu. Ia BERMANFAAT. Sungguh.


Wednesday, March 4, 2026

NILAI KESIHATAN.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/6/23


Ketika zaman kanak-kanak dulu: Pernah berdoa supaya kena demam kerana jelous dengan adik beradik yang boleh merap bila demam.😅 


Kita setahun sekali pun susah nak kena demam.



Bila usia menghampiri 40: Kalau dapat bangun pagi TANPA sakit, dengan bertenaga, ia amatlah berharga dan disyukuri.

Monday, March 2, 2026

Motivasi untuk terus bersemangat menghafaz Al-Quran.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/6/23



Untuk memberi motivasi kepada Ahmad untuk terus bersemangat hafaz Al-Quran ketika cuti hari tu, saya tunjukkan buku hafazan Abang Abbudey ketika darjah 4, 2016 dulu. Ketika itu Abbudey dah hafal 16 juzuk.



 Walaupun Abang Abbudey sudah khatam, tak beerti boleh berehat mengulang hafazan, kalau tinggal murajaah, pasti akan LUPA hafazan, sayangnya.


Seperti abang-abang 2 orang dulu, kami beri motivasi untuk terus bersemangat hafaz Al-Quran dengan beri ganjaran jika capai target hafazan. Begitulah juga Ahmad.



Usia kanak-kanak adalah masa keemasan untuk banyak belajar dan hafaz Al-Quran, sayang jika dipersiakan.


Perlu fokus, terus berusaha dan tak jemu berdoa kepada Allah semoga Allah permudahkan perjuangan mereka bersama Al Quran 🤲🏻.


Semoga semua anak-anak/ pelajar sentiasa bersemangat hafaz dan JAGA HAFAZAN. AMIN.

Saturday, February 28, 2026

Pertama kali Ahmad sertai pertandingan pidato.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/6/23


Ada kisah di sebalik Ahmad menyertai pertandingan pidato peringkat sekolah rendah Maahad Al Iman Li Ulumil Quran ini.


Sebenarnya Ahmad betul-betul tak mahu nak masuk pertandingan pidato ini kerana dia tak ada pengalaman menghafal dan menyertainya.



Target Ahmad adalah untuk menyertai pertandingan hafazan Al-Quran kerana Ahmad pernah menang dalam pertandingan hafazan Al-Quran peringkat Sekolah-sekolah rendah agama Negeri Kedah. 


Jadi keyakinan dan kesukaannya untuk terus menyertai pertandingan hafazan Al-Quran.


Ahmad ada minta mama untuk beritahu ustazah Halaqahnya supaya tukar orang lain.


Tapi mama percaya ada keberkatan pada kita mentaati perintah guru ke arah kebaikan.



Mama cuba positifkan minda dan bagitahu Ahmad bahawa abang-abang dulu pun selalu menyertai pertandingan pidato sejak sekolah Pasti ketika berusia 4 tahun. Hatta Abang Abbudey sering memenangi pertandingan pidato antara sekolah sehingga ke peringkat sekolah menengah agama antara Negeri Kedah. Alhamdulillah.


Walaupun Ahmad selalu merungut ketika berlatih dan menghafaz pidato, cuba juga untuk latih Ahmad.


Alhamdulillah pada hari pertandingan tersebut, walaupun Ahmad kata dia gementar, Alhamdulillah Ahmad dapat buat dengan baik dan menjadi johan.


Alhamdulillah ada keberkatan pada mentaati perintah guru. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...